Starbucks

1. Tuan suka promote Starbucks? Sepatutnya boikot. Mereka sumbang pada Israel.
.
Jawapan: Saya tenang di Starbucks. Dua jam dengan minum kopi atau teh berseorangan sambil melayari FB guna internet mereka memberikan saya banyak hasil produktif.
.
Saya tidak faham istilah boikot hangat hangat tahi ayam. Saya hanya tambah pendapatan supaya dapat beri sumbangan pada kebaikan. FB tempat kita berkomunikasi ini juga yahudi.
.
Saya juga tidak boikot. Ia bawa banyak kebaikan pada saya dan keluarga. Malah sosial media adalah masa depan.
.
2. Apakah kerana ianya lambang status?
.
Juga tidak. Setakat Starbucks - takda status sangat. Ketenangan dan tiada hiruk pikuk itu memberikan harga yang tidak terbayar rasanya.
.
Saya lebih suka boikot kedai kopi yang kotor, tempat perbincangan sampah sarap minda mengutuk dan mengeji manusia lain. Itu lebih banyak bahaya bagi saya.

Komentar